


Servis Ground di Haramain
Perkhidmatan mutawwif dan servis ground di Haramain yang dipercayai bagi jemaah umrah secara individu, kumpulan dan juga syarikat.
ADAKAH ANDA DALAM DILEMA SEPERTI MEREKA?
Berdasarkan pengalaman kami bekerja di beberapa agensi umrah sebelum ini, kami mendapati banyak masalah yang berlaku di kalangan jemaah umrah. Antaranya adalah seperti berikut:
- Perlukan mutawwif/fah peribadi, tetapi tak tahu mutawwif mana yang boleh dipercayai, amanah dan Ikhlas bersungguh-sungguh menyantuni jemaah umrah.
- Bilangan Mutawwif yang berpengalaman dan ada pengisian tidak mencukupi, akibatnya jemaah berasa tidak puas hati dari khidmat yang disediakan.
- Tanpa ada ground di Haramain, banyak isu timbul di kalangan jemaah berkaitan dengan penempatan di hotel, makanan, dan pengangkutan akibat kegagalan komunikasi antara agensi dan pihak pengurusan perkhidmatan. Akhirnya agensi dapat feedback teruk dari jemaah.
Solusi untuk anda
Jadi bagi menangani masalah tersebut, kami sendiri telah mendapatkan Tauliah mutawwif melalui Kem Mutawwif Integrasi KMI di bawah UAF Manaasik yang disediakan oleh Ground Haramain yang tidak asing lagi dalam kalangan jemaah umrah samaada individu ataupun syarikat, iaitu Ustaz Hj Abdullah Feisal & Ustaz Ghazali.
- Mutawwif kami mendapat latihan secara praktikal selama 3 bulan di Bumi Mekah dan Madinah.
- Sebahagian dari kami telah menetap di Bumi Haramain ini untuk tempoh yang agak lama, jadi mereka sangat mahir tentang selok belok tempat-tempat dan juga budaya masyarakat di sana.
- Isu yang timbul di kalangan jemaah berkaitan dengan penempatan di hotel, makanan, dan pengangkutan akibat kegagalan pengurusan dapat dikurangkan. Hasilnya, agensi umrah mendapat feedback yang baik dari jemaah.
Hasilnya...
DIPERCAYAI
Mutawwif kami diberi kepercayaan oleh agensi umrah antarabangsa
Kami telah membimbing banyak jemaah umrah dari agensi umrah di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Jemaah umrah international dari pelbagai negara.
BERBALOI
Jemaah berpuas hati
Jemaah berpuas hati apabila dibimbing oleh mutawwif dan juga muatwwifah yang menyantuni jemaah dengan baik disamping dapat memenuhi keperluan rohani di sana.
KEMESRAAN
Layanan mesra dan menyenangkan
Ramai yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh barisan mutawwif kami. Khidmat kepada ahli jemaah juga menjadi keutamaan kami terutamanya kepada warga emas.